Monday, May 30

Mid Term

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Alhamdulillah setelah 3 minggu berhempas pulas untuk exam mid term, akhirnya cuti pun! YAASSSZZZ. To be honest lah kan, i really like exam but nak tunggu exam habis tu macam "ya allah berapa tahun lagi ni" lol. Entah kenapa kerajaan ni nak buat paper sampai 3 for that one subject like seriously doe??! Tapi okaylah banyak paper sebab takda lah aku hura hura baca semua benda sebab aku ni jenis suka study last minute (contoh buruk ni)

Baca perenggan atas ni pun dah boleh tahu aku ni baru masuk upper form. Kenapa? Sebab over betul merungut aku. Jadi, apa perancangan korang untuk cuti 2 minggu ni? Bercuti bersama keluarga/kawan, makan, main video games atau tidur tak bangun bangun? Ha jangan gelak. Oh ya, those yang amik exam penting this year mesti kena pergi kelas tambahan kan huhu (gelak berjemaah) No worries. Persis mutiara kata, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Ha amek kau, aku dah masukkan peribahasa karangan. Everything worth in the end when your niat betul. Tolonglah percaya cakap hakak.

Aku pun sama je macam korang walaupun dah habis pt3 tapi next year spm kut. Kalau this year tak faham basic, jahanam lah jawabnya tahun depan. Memang lah orang kata form4 ni tahun 'honeymoon' but i can't see where is it. So kepada adik-adik pt3, siapa yang dah hafal formula matematik tu jangan lupakan formula tu bila habis pt3 sebab spm nanti nak guna balik. Okay? Hakak kau pesan ni sebab dah menyesal teruja habis sebab pass pt3 patu bila naik form4 semua benda lupa hahahaha

Untuk cuti kali ni, aku dah niat nak cover balik chapter yang dah belajar sebab 90% of them dah hilang dalam memori sobs. Mungkin niat nak belajar yang tak betul sebab tu senang je lupa hm. Kalau korang nak tahu, aku baru je balik camp huhuhu. Memandangkan aku tak berapa nak aktif bab sukan ni, so better aku join camp or other activities yang tak memudaratkan fizikal aku ceh. Camp kalini under unit uniform and fasi yang train kitaorang dari Pengakap Kelana & Brigade Putera. Kalau tak kena jemur time hujan& bumping bukan camp lah kan haha. 

Jujur lah ek, aku down gila kut bila ice breaking patu dapat member yang cem taik anti-social. Rasa macam "boleh ke ada teamwork kalau macam ni?" After that, aku terus muhasabah diri patu doa supaya sume boleh bergaul hohoho. And guess what, Dia bantu aku wuhuuu. Alhamdulillah. We did a lot of activities.

First thing paling tak boleh lupa time night walk kena tidur kat perhimpunan patu ada lah hamba Allah ni tertendang kepala aku. Nasib tak pijak muka aku. Kalau tak, hancur muka aku. Jangan gelak. Secondly, aku kena berlakon dengan hero(leader kumpulan aku lol) and we have to insert a pickupline in that acting. Aku pun apa lagi en, tahan ah muka malu time dia cakap pickupline tu lulz. Patu en menggigil kut tangan aku time panggil awak-saya (ew) like i had never talk like that with guys plus i had never talk with guys selalu even with my guy friends. Thirdly, lakonan mak jemah jual jamu mak dara siap insert kdrama punya scene hahahahaha ni paling tak boleh blah. Lastly, cikgu Ham nak pindah. Masa cikgu cakap cemtu en hati aku memang dah luruh ah macam musim autumn. Siapa nak ajar physics lepas ni? Siapa nak jadi cikgu kelas aku lepas ni? :((((((

Okay taknak lah cerita lebih pasal camp ni. Sedih tahu tak (sendiri type patu sendiri sedih nyampah mak)

See you again, xoxo