Friday, February 5

Study Tips

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Hi there people! It does feel good to be back here in my blog hehe dah bulan kedua dalam 2k16(cubaan nak jadi maju lol) ni baru nak update blog. Kenapa? Kenapa lambat sangat update? Jawapannya jeng jeng jeng hahaha sebab takda cerita yang boleh aku kongsikan bersama. Mungkin untuk entry kalini akan ku bahaskan beberapa topik yang tak berapa nak menarik tapi boleh dijadikan pedoman serta panduan hidup(wow so bm)

So basically, last year aku jalani kehidupan sebagai pelajar FORM3(saja je nak capslock) and batch aku adalah batch kedua yang amik PT3. From what I have been through last year, I've got a few things that are very very good to apply in our studies. Ah, kesah apa aku kau nak tahu ke taknak tahu. Ok, maaf.

Apa yang ada di ingatan aku, untuk subjek pi aku bersama tentera-tentera aku semua study last minute sebab rasa dah pro(bajet betul). Disebabkan perkara tu, aku pun pergilah youtube untuk cari tips-tips study last minute(tolong gelak) dan aku terjumpa satu video ni yang memang inspired gila sampai aku terus buat lepas tengok video tu hahaha

1. FLASHCARD
Benda ni sangat sangat sangat membantu kau especially benda/subjek tu banyak gila info. As an example macam sains/bio/kimia, pi(bab tertentu), sejarah& maths/addmaths/prinsip akaun/fizik. Ya, aku sangat percaya yang kita ni semua termasuk aku sangat malas nak baca buku dan buat nota. So, aku sarankan kita buat flashcard. Senang nak ingat lepastu kalau kau pergi jenjalan ke balik kampung ke kau boleh bawak sekali benda ni. Lantaklah orang nak cakap kau bajet pandai ke apa tengok nanti siapa yang jadi perdana menteri dulu(peh expection melebih hahahahha)

2. RAINBOW
Ok tips ni untuk mereka mereka yang suka buat nota dan hidup happy-go-lucky. Tapi kalau hidup kau sedih memanjang pun aku sarankan untuk ikut tips ni. Kau akan perlukan pelbagai marker, pen dan kertas dengan warna ceria. Baru semangat nak belajar kan! Ha kat nota tu kau buatlah lawo lawo& kreatif sampai kawan kau cakap "peh kreatif gila kau ni" tapi ko jangan bangga pulak sesunggunya nikmat tu Dia yang kurniakan.

3. MUSIC
Mesti excited kan baca tips yang ketiga ni? Ha tahu dah. Untuk study, korang takpayahlah dengar lagu-lagu yang korang tahu tu. Maksudnya lagu yang ada lirik. Seeloknya korang dengarlah lagu instrumental yang tak mendayu sampai kau rasa ngantuk dan tak terlalu "disco" sampai buku atas meja pun kau biarkan terbuka sebab enjoy sangat dengan lagu tu, ish bawak mengucap. Selalunya aku dengar lagu instrumental ni through drama-drama yang aku pernah tengok. Ala macam that one drama yang dah sampai part bahagia dia kat mana lagu background dia sangat sangat menyentuh perasaan hahaha. Korang pun boleh cari kat playlist spotify(search study instrumental/instrumental song). For me, kalau kat spotify aku lebih suka dengar bunyi ombak laut(bukan ombak rindu eh) sebab rasa dekat dengan nature dan amat menenangkan(ceh)

4. SOLAT
Rajinkan diri untuk solat. Mesti ramai yang payahkan bila sentuh bab solat ni? Ya, aku pun malas jugak bila nak solat ni tapi bila fikir mana tahu lepas beberapa saat ni tetiba aku mati en uish seram sis. Back to our tips, kenapa solat pulak? Apa kaitan solat dengan belajar? So, solat ni actually salah satu jalan untuk kita mohon sesuatu daripada Allah. Nak bahagia? Solat. Nak berjaya? Solat. Time azan pun kita dah boleh tahu, Allah seru kita "marilah menuju kejayaan". So apa alasan korang untuk taknak solat? Untuk step awal ni, buat solat yang wajib. Nanti bila dah full& dah rajin solat wajib, buat pulak solat sunat. Tak rugi pun. Jangan lupa baca Al-quran pulak. Kalau boleh sehari tu, atleast 1page pun takpe. Atleast lah atleast. Okay? Jangan korang cakap "dia cakap satu hari baca 1 page je, hm baca 1 page je lah" JANGAN JANGAN JANGAN DAN JANGAN AKU HEMPUK KEPALA KAU NANTI.

So yeah aku rasa ini je tips yang aku ada sebab aku malas nak tengok balik video tu dan campurkan ke dalam entry kali ni hahahha. Harapnya tips ni dapat membantu korang untuk berjaya dunia dan akhirat. Amin. Goodluck untuk semua exam yang korang akan lalui for this year until the end korang belajar! :)

"There is no elevator to success. You have to take the stairs." - a quote from google