Friday, November 13

Morning Routine

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum



Alright, so today i'll be sharing with you guys my morning routine (tiba tiba dapat idea) when it's holiday. Since both my parents punya cuti tak sama dengan anak-anak mereka, terpaksalah aku duduk rumah. Boleh je kalau nak keluar ke lepak-lepak dengan kawan, tapi tulah aku ni memang dah malas (gelak sinis)

Selalunya orang buat morning routine ni guna video, upload kat youtube. Sampai turn aku je, typing kat blog (due to some reasons) hahahahaha taktahu pulak kalau ada orang buat morning routine kat blog. But if you have one or find/found one, please link it to me! Janganlah simpan sorang sorang. Benci tau.

Baiklah, saya akan mulakan morning routine saya kahkahkah

1. Mandi
Bila aku bangun pagi je, automatically aku akan terus mandi. Takdanya nak tunggu siap sarapan ke makan tengahari baru nak mandi. Disiplin kan i? Hahahaha gurau lah bang. Jangan serius sangat.

2. Makan
Lepas mandi, aku makan. Aku jenis orang tak boleh nak buat kerja rumah ke apa ke then baru makan. Sebab nanti aku rasa macam nak mati HAHAHSHAH. Selalunya aku terus makan nasi dalam pukul 10 ke 9 gitew. Dah terbiasa makan nasi sebab ikut jawo kahkahkah.

3. Kerja
Selepas makan tu, marilah kita lakukan kerja(amal) rumah yang telah ditinggalkan oleh mama (rumah aku takda bibik). Biasanya nak start buat kerja-kerja ni sume amik masa 10 minit sebab kekonon nak rehat dulu guling guling depan tv hahaha. Kerja rumah tu takdalah berat sangat. Cuma angkat kain, sidai kain, masak air, masak nasi ha tu je. Kalau aku rajin tu aku lipat kain, sapu, mop, vakum rumah patu bersihkan sarang labah labah, cat rumah warna baru HAHAHAHAHAHA DASAR PENIPU

4. Freedom
Then, bila semua kerja rumah tu dah siap, aku bebas nak buat apa pun. Usually lah aku akan bosan bila semua kerja tu dah siap so aku cari alternatif. Contohnya? Contohnya tengok anime ke tidur ke baca blog orang ke main handphone ke. Tapi ingat, jangan sampai lalai.

Ha tu je kut morning routine aku. Kalau korang bosan lah kan, boleh je hidupkan diri dengan hiburan-hiburan wajib macam baca alquran ke terjemahan dia, solat sunat, qada' solat. Ha, ni lagi satu. Janganlah terlalu "wajibkan" sunat sampai terlupa yang wajib hahahaha bahaya tu. Lagipun, cuti cemni seronok kalau dapat puasa ganti/puasa sunat. Kenapa? Sebab kita tak penat sangat. Waktu masuk maghrib pun awal. Takkan nak tunggu tahun depan baru nak ganti puasa kan? Fid'yah kena bayar.

Aku harap korang seronok& dapat ambik sikit manfaat lepas baca penulisan aku yang tak seberapa ni. Yelah, baru 15 tahun huehuehue

Have a nice day ahead :)