Friday, August 29

Korea

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Disebabkan tasha lah aku jadi minat balik dekat korea. Ye, aku dulu minat Exo. Tapi disebabkan masatu aku lebih addict dekat 1D & 5SOS, jadi aku lupakan pasal korea semua ni. The time have come, which is i addict to Korean Drama.

Oh, drama ni drama kedua dalam seumur hidup aku tengok drama korea. Okay, jangan gelak. Drama pertama Flower Boy Ramyun Shop and yep drama ni boleh lah juga best dia. Tapi aku tak tengok sampai habis pun. Sekerat jalan. Malas.

Jadi My Love From Another Star ni kira drama kedua lah kan. Ye dok? Hah, aku cakap dengan engkau drama ni memang best gila bapak lah. Aku confirm yang peminat korea2 sekalian, mesti dah tengok en. Hahaha aku tahu. Tak payah tipu.

Kalau nak tahu apa yang best, please visit the link. Okay sayang sekalian? Hahahahaha. Saja je. Assalamualaikum x

Eid Mubarak

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Ye, aku tahu hari raya dah habis. Tapi aku mana sempat nak share cerita masa raya haritu dengan engkau-orang semua haih. Kau bayangkan, naik cuti hari raya seminggu pastu terus exam UB2. Siapa tak panas en aku cakap. 

Orang tengah seronok kutip duit raya (termasuk aku) boleh pulak pengetua nak buat exam. Adoh mati lah nak. Dah lah tak prepare apa pun.

Oh ya, sekarang dah habis exam. Dan aku rasa sangat happy walaupun exam akhir tahun belum habis. Smh. Okay, sekarang aku memang malas nak cerita pasal exam. Elok aku cerita pasal hari raya haritu.

Hari pertama raya, kau mesti rasa excited gila lah kan. Sama macam aku. Walaupun sebelum raya tu aku tak rasa excited sangat sebab... ntah lah sebab apa. Aku pun dah lupa.

First Eid;

 family potrait

  family potrait of mama's family

gambar atas takda papa, yang ni baru ada huhuhu

Second Eid;

entah kat rumah siapa, aku lupa

Hari kedua, papa dah takda. Papa pergi pahang (which is his hometown) Kitaorang adik beradik termasuk mama tak ikut sebab takut mama terberanak kat sana dah susah kena ulang alik. Lagi satu bahaya weh. Jalan jauh tu.

Dan hari kedua tulah, kitaorang semua jalan jalan satu kulai which is sedara mara belah mama. Peh puas do. DUIT RAYA BERKEPUK WEH DALAM POKET hahahahaha. Lagi satu, aku dapat jumpa dengan diaorang yang aku tak kenal. Alah bukan selalu pun kan dapat jumpa.

Nak dijadikan satu cerita lah kan, masa hari kedua raya tu. Kitaorang semua pergi lah beraya dekat rumah atuk (aku lupa nama dia siapa, maaf) adik sedara (6 tahun) aku, nama dia Sirhan. Dia tanya lah dekat atuk tu;

Sirhan; Atuk, atuk kerja apa ah?
Atuk; Atuk kerja tanam pokok pisang dengan ubi je. Kenapa?
Sirhan; Oh, patutlah atuk kaya. Nanti dah besar saya nak kerja macam atuk lah.
Atuk; Heh, bapak kau kerja apa?
Sirhan; Bapak saya tak kerja.
Atuk; Patutlah tak kaya2.

and the whole people in the house were laughing so hARD HAHAHAHAHA I CAN'T BRUHH!!

Ah, benda paling lawak aku pernah dengar. Gelak tak habis sampai nak balik duk dalam kereta pun masih gelak. Kalau kau ada masa situations tu berlaku, aku confirm kau pun akan gelak sampai pecah perut.

Hah, itu je kut aku nak cerita. Okay, have a nice day people. Assalamualaikum x

p/s: his father sebenarnya berkerja. dia ada kedai sendiri and dia selalu jugaklah duduk rumah sebab tu anak dia cakap bapak dia tk kerja luls