Friday, March 7

Maulidur Rasul

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Dah lama tak ber-update post dekat sini em maklum je lah dah tak boleh selalu sangat bukak laptop, lahai padan muka koo ziera! 

Untuk entry terbaru kali ini, aku nak kongsi lah sikit en dengan korang yang tengah membaca (walau aku tahu takda siapa pun baca, aha sad lyfe doh) cerita yang paling hot, gempak confirm meletop punya lah! Ahaha, beria k beria. Jadi, pada 22 Feb yang lepas sekolahku rumahku (cehhhwaahhh ko hadoooo?) ada buat aktiviti maulidur rasul. Sekolah lain semua dah buat, sekolah aku je aku rasa baru buat haih ahahah.

Mula mula datang sekolah tu, aku nampak semua pakai baju lelawa kan. Em maklum lah selalu pakai baju sekolah yang takda blink blink cam baju raya hahahahahahaha. Ada yang pakai warna lembut, yang striking lagi ah ko, peh nak tertanggal biji mato aku ni, lol. Aku pakai baju raya tahun lepas je sebab baju tu jelah yang aku paling selesa. Yang lain semua buat perhiasan dekat almari, entah siapa yang pakai dalam almari tu pun aku taktahu hahahah.

Lepastu lepastu, aku pun berselfie lah dengan budak kelas aku yang "pandai to max" eh, engko penah dengar ke ayat tu? hah lantak lah janji kau faham hahah. nama pun budak pandai, bila nak amik gambar dia malu malu. pikir ko artis keeeeeeeee? tolong k tolong.

Budak budak non-muslim ni pun pergi sekali tapi takda lah join kitaorang. Diorang dengan aktiviti diorang sendiri. Entah apa aktiviti pun aku taktahu, ahah. Aku dah malas nak menaip sebenar benar benar benar benarnya lol. Jadi selfieeeee timeeee! Hahahahah

;

 sekolahku rumahku ahah

 kakak senior kuuuuuuu

krik krik krik

macam shomel je macam santek je je je je je

 -

masa diorang tengah berarak aku tak ada sebab kena teman kawan aku. so aku letak gambar ni je lah em sedih sangat (insert sad emoticon)

 -

 aku suka gambar ni shomel sangat lol

 semua iklan colgate ahah

So, apa yang kau nampak sepanjang gambar semua tu? Kitorang tahu kita orang comel tolong k jangan ulangi lagi haha. Akhir kata terima kasih kepada @nanie, @anis, @sabrina, @acai, faiq danish, @aziqakil & zairul kerana sanggup bergambar dengan aku yang comel lagikan cantik ni ahahah! Oh ya, tak lupa juga kepada akak senior kuuu alisya, @amaghni, @ajja, @aqra, natrah, mia & laila. Terima kasih ye sebab sudi masuk dalam camera iolls (acacah gedik jap) 

Assalamualaikum, semoga jumpa di lain cerita dan tarikh (:x

p/s; i) semalam aku mimpi seram, takut sangat. aku takut kalau mimpi tu terjadi. ya allah, aku mohon semoga mimpi tersebut tidak berlaku sekali lagi amin.
ii) al-fatihah kepada ayah eqi, kawan baik aku yang baru meninggalkan dunia ini pada pagi tadi, subahanallah. semoga rohnya ditempatkan di tempat orang orang yang beriman, amin.