Friday, December 26

If I Stay Collage

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum
 

Korang ingat lagi tak movie/novel If I Stay tu? Siapa yang tengok movie tu or baca novel tu mesti lah ingat kan! Hehe harini aku nak share something. Apa dia? Hah, mesti korang curious en? Hahahaha

Semalam aku ada jumpa kat instagram sorang ni dia buat poster IFS tapi letak muka dia. Aku pun memula nak tanya, tapi disebabkan perasaan malu aku ni tinggi menggunung, tak jadi lah nak tanya dia :carefree:

So, tadi aku tanya lah si pakcik google ni cemana nak buat hah pastu nasib aku baik, aku terjumpa satu blog ni dia bagitahu cemana nak buat. Aku pun bukak blog dia dan jeng jeng jeng dia bagi link cemana korang boleh buat benda ni. Ingatkan nak post gambar yang aku dah buat tapi nevermind lah, muka saya huduh sangat :crazy:

Ni link dia SINI. Tapi satu je masalah kat poster ni, dia tak boleh nak tukar nama "Chloe Grace Moretz" tu kepada nama kita. So, korang bolehlah acah acah yang korang ni CGM hahahahaha

Annyeong x ((credit; Lis Les Livres))

p/s; maaflah ye kalau aku ni lame nak mampos, sebab tak pernah pun terfikir nak buat ceni

Tuesday, December 23

Online Shops; Instagram

 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum


Harini aku nak update pasal instagram online shops hehehe. Ye, aku akan bagi account yang selamat untuk korang sume shopping. Kekadang tu aku ada lah gak en teringin nak beli tapi rasa menyusahkan parents pulak nak bank-in duit hahaha 

Kepada korang yang nak beli barang yang memang dah lama korang cari tapi tetap tak jumpa, yang first time nak try online shopping dan si window shooping (macam aku lol) boleh teruskan baca entry ni sampai habis hew

Aku malas nak bebel bebanyak so aku terus bagi korang je okay? :n3n:

Girl Stuffs;
blooberryshoppe // wide shawl&bawal
fjwardrobe // baggy dress
hijabbyus // wide shawl
staymodesty // handsocks&socks
malaquehijab // wide shawl&bawal
hasnurhaniim // handsocks/dress/tudung labuh/socks
zuzadotes // dress abaya (custom made)
freneticism // handmade&accessories

Muslims Stuff;
darlinas_wardrobe // Al-Quran warna warni

One Direction Stuff;
onedirectionshopmy // (kawan aku punya)

Kpop Stuffs;
dazedkstore // (kalau nak beli album, aku suggested beli kat sini sebab aku rasa murah sikit kut)

Polaroid/Instax Stuffs;
thirshoppe // instax camera original from FujiFilm
kakiaart // print polaroid 20pcs for RM10 (it's cheap isNT?!)

Phones/Laptop Stuffs;
xenthic_ // totebags pun ada tau (custom made)
rebelpopmerch // (custom made)
redstella // shawl pun ada tau

Tumblr Stuffs;

Okay done with that. Semoga korang sume puas hati lah ya. Sume account ni memang trusted punya and tidak perlu diragu ragu. Aku sendiri follow diorang ni. Kalau still ragu ragu jugak, pergi follow then tengok diorang punya feedback dari customer :face64:

See you in next post x

p/s; entry ni bukan nak promote orang punya insta tau. Aku cuma nak share dengan korang yang belum tahu tu je, sekian x

Monday, December 22

Goodluck (?)

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum

Uhm hi sume. Apa khabar hehehhehe (ini terlalu janggal bagi aku) 

Tahniah kepada seniors form3 yang dapat straight A's & yang tak dapat straight A's. Jangan lupa ucap "alhamdulillah" dan bersyukur dengan result korang. Yang tak dapat straight A's tu pun kena buat jugak tau. 

Ingat, ni baru pertengahan. Dua tahun nanti korang akan amik SPM pulak. Time tulah korang kena struggle habis habisan sebab tulah penentu masa depan korang sebelum melangkah ke alam dewasa. Aku cakap ceni macam dah lepas form5 je lol

Goodluck for me next year! Alah, bape bulan je pun tinggalkan life fangirl ni hahahahahaha watlek watpis lah kan, bukannya mati pun :face4:

Monday, December 15

Besarnya Neraka

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik
matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

p/s; credit to SahabatNasihat thank you! :)

Saturday, December 6

Vacation

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum

(this gif is so blurry, sorry)

Yesss it's been 5 days since i come back from vacation! I've told you guys at instagram pasal aku nak update entry baru about vacation ni so that korang boleh tengok laut/pantai tu clearly huhu

I was having a vacation at Air Papan, Mersing. Well, takda lah jauh mana. Lagipun ada adik kecik, takut nak bawak jauh jauh. Uish bahaya kut. So, the first day kitaorang check-in dulu chalet.

I guess the chalet named Seri Mersing Resort. Ada swimming pool jugak tapi tak besar sangat lah. Ntahlah aku nak describe pun tkthu cemana hahaha. The room was very comfortable as it wasnt too big or too small. So yep.
/DAY 1/

 pehal aku amik gambar ni senget -____-

 tv, cermin, cupboard, a small refrigerator under it & a cupboard (again) where u can hang ur shirt

the toilet of course

Wait, i just realize i didn't took the bed part hahahahahaha i'm so forgetful. After check-in tu kitaorang sume makan. Lapar siot 3 jam dalam kereta huwaa. Lepas makan, dah kenyang. Boleh tidur huhu

We didn't go out after that. Malam tu baru kitaorang jalan jalan sekitar pekan (pekan ke bandar *O*) Kalau dah jalan, tak sah tak makan. So we looked for a restaurant.

Ayeeee. Kitaorang dah sampai! Kedai ni macam bukan restoran sebab nama dia pun Canopy pebenda tah aku lupa hahahahahaha. Macam mamak pun ada gak. The service was really good even ramai orang sebab diorang tak order makanan. Sume minum, lepak, bual bual kosong. Banyak juga pilihan kat sini.



uish whose rokok was that i swear i didnt realize weh

/DAY 2/
Esoknya, kitaorang pergi ke pantai/laut. Sebelum tu kitaorang sarapan pagi dulu huhu. Kedai ni tak jauh mana pun dengan chalet kitaorang. Keluar pagar, jalan kaki dalam 3m, dah sampai. Hah, jauh tak? 

gigi rongak

nasi lemak because long time no eat

it was really peace..........





  my hangul on sand are the worst

 image

Lepas diorang dah mandi apa sume kat laut tu, balik lah chalet nak tukar baju. And guess what. It's time to leave. Sedih sebab pasni dah takleh nak fefeling lagi kat pantai/laut tu :tears:

Sebelum balik tu, kitaorang singgah dekat pekan semalam. Beli souvenirs, food. Oh, mersing ni pun famous gak tau. Dengan diorang punya keropok lekor, pantai/laut, ikan fresh dari laut & ikan masin. Ye, semua memurah. Serious tak tipu.








even mama pun ada kedai kat sini......... (lol joke)

Masa tengah cari restoran malam semalam, aku ternampak satu restoran ni yang memang menarik perhatian aku. Kalau dah tarik perhatian, siapa je yang tak excited weh sampai rasa nak jerit macam orang gila je kat situ? Sebab malam tu tak sempat amik gambar restoran tu, sebelum balik Johor mama suruh papa lalu je depan kedai tu so that i can frame gambar restoran tu hahahahahaha

IM SPO HEFTR EYESD EMOJI HSDBHSVhjsssK

Yay habis sudah aku bebel untuk entry kalini. Tepuk tangan cikit image (tepuk lah tangan tu jangan pemalas) Boleh dikira best lah jugak. Lain dari yang lain hah. 

See u again, annyeong <3

Thursday, November 27

#HappyVirusDay

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum



Chanyeol ah~ Happy 23rd Birthday! Keep healthy & don't forget to eat alot hehe have a blast bro Sentindo

It's actually makes me sad when he said "the first, second, and third birthday all feels different" :(

Stay strong dude, we'll always support you~ Yeah, for sure! Hwaiting :>

Monday, November 24

Chatting Event

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Sudah tiba masanya untuk chatting event exo malam ni. Haih agaknya aku akan terpilih tak (berangan je lebih)? Sebab yelah, english aku pun so-so je. Entah diorang faham ke tidak lol.

Serious weh, ramai gila exo-ls yang participate event ni. Penuh kau fanboard tu. Aku baru tulis, tengok ada lagi dalam 8 orang atas aku fuh. Cemana exo nak nampak aku punya message :tears:

Wah sumpah lucky gila siapa yang dapat chat dengan diorang huuu. Tapi bila aku fikir balik, kalau aku terpilih pun aku nak cakap pasal apa dengan diorang? Orang kalau dah nervous (ceh macam nak khawin je) dalam otak dia sume blank. Hah, betul ke bohong? LOL

Malas nak luahkan perasaan lelebih. Kang tak terpilih, merana aku hahaha

Goodnight xo

Saturday, November 22

Online Shops; Zalora

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum

**entry kalini tkda gif sebab aku nak letak gambar hoho**


Harlu apa khabar hehe harini aku nak share lah sikit pasal laman web yang jual macam macam benda especially, baju. Ye kan? Hehe. Pernah dengar tak laman web/apps nama Zalora ni? Kalau tak pernah klik sini :>

Wehehehe. Ni kira first time lah kan aku beli online shops sebab sebelum tak pernah beli. Lazada ke, Amazon ke dan yang sewaktu dengannya. Kalau online shopping ni tak puas sebab kita boleh tengok je, haram nak sentuh. Kau nak sentuh cemana? (espeacially baju, kau nak try gimana??) Sentuh skrin jelah nak hahaha

Oh, nampaknya aku dah jauh ni haha. Maap ye ibu ibu bapak bapak. Ceritanya begini, masatu bapak aku beli phone baru dia, then he got free 2 vouchers of Zalora which is each for RM50. Memula orang yang cashier ni bagitahu lah sepatutnya sorang dapat satu je, tapi dalam kotak phone ni ada 2. So, rezeki papalah kan dapat 2 sekali huhu

At first, papa bagi mama voucher ni then mama cakap bagi aku sebab aku ni memang suka dengan benda alah ni hahahahaha. Aku taktahu nak beli apa dengan RM100 ni, aku bagilah adik lelaki aku lagi RM50. Aku share dengan adik perempuan aku voucher tu sebab aku taktahu nak beli apa hahahaha

Lastly, aku beli gelang tangan (which is my favourite hehe) and my sister bought a watch. Benda ni dia letak dalam kotak (of course lah, takkan dalam plastik pulak duh) Kotak dia mak aih, tak macam besar pulak lah ek. Padahal beli barangnya kecik je pun -_____-

 (these are the stuffs)

The posting takde lah amik masa lama sangat macam kau beli barang kat instagram tu. Kau order benda ni, esok lusa dah sampai rumah kau. Sebelum dia send ke rumah kau, dia akan call dulu kalau kalau ada orang ke tak kat rumah. Bagus kan? hehe

Hah, lepastu kan dalam kotak dia yang besar tu dia letak some kind of sampul surat (i guess?) Dalam sampul surat tu ada surat untuk pemulangan barang. Kalau macam tak muat ke, salah barang ke hah korang boleh isi surat tu then, post ke alamat yang dia bagitahu.


Kalau korang nak beli pape barang ke kat sini, and korang taktahu cemana nak bayar (incase korang taktahu nak bank-in online macam aku) korang boleh direct terus bayar masa barang tu sampai kat kau. Kira macam diorang ni memang trusted punya lah kan huhuhu

Wah, panjang karangan aku kalini hahahaha. Kalau ada apa apa pertanyaan, bolehlah tanya aku kat ask.fm aku hehe annyeong^^

p/s; i'm not trying to brag, i just want to share something with peoples. If you think this is trash then i think you're the one who are trash. sorry not sorry

Friday, November 21

Last School

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum



Sebenarnya aku nak buat entry ni semalam tapi, aku ni pun pemalas (jujur dari hati) so baru harini aku update. Wah, tahun depan dah 2015. Seram tahap 97939885292437292380 overdose dah ni.

Mana taknya, next year dah pt3 wuuu :tears:

Banyak juga lah benda yang kitaorang share sepanjang persekolahan tahun 2014 ni. Of course lah, ada pahit manis masam masin (lol) Insyaallah akan ku kenang selamanya, cewah

I will miss you 2RK :tears:


Tuesday, November 11

Freedom

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Yay dah habis final exams weee (but actually dah 2 weeks habis lol) Sebelum exams, aku siap list sume benda yang aku nak buat tapi

SATU HAPRAK PUN BELUM BUAT

Tak tahulah kenapa haha, maybe sebab situation sekeliling mempengaruhi aku? Lagipun masa kebanyakkan tak sesuai dengan kemalasan aku yang dah tahap second terox ni pft.

Disebabkan dah nak cuti sekolah sebulan lebih, which means 6 weeks. Okay, part ni memang aku cakap cuti akhir tahun tak cukup. Sebab bila aku kira-kira balik rupanya 6 minggu je kkkkk (selama ni aku tak pernah terfikir pun nak kira berapa minggu cuti akhir tahun ni)

Ah yes, that holiday moods tho! Mood nak buat segala list tu pun dah macam "ah, blahlah malas aku nak buat" sebab dah fikir nak bercuti kat mana en haha

Oh, see you till next post wee annyeong! <3

p/s; tak sedar diri, tahun depan nak pt3 haha booo T^T

Friday, October 3

Nope

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum

 https://31.media.tumblr.com/53baa245b0af092eec020b256accc84a/tumblr_inline_nbui6m55FI1swyasb.gif

Currently mood; mad, sad, gelabah

Ya Allah ujian apa yang kau beri ni hmm. Entahlah, stress sangat kepala otak. Rasa depressed weh. Masetu cikgu beria cakap majlis pengawas nak buat akhir bulan oct tapi semalam aku dapat email, cikgu cakap majlis tu minggu depan. Siapa tak gelabah ei. Aku satu barang pun tak buat lagi. Duit pun cikgu tak bagi. (asdacsguw*^%&$^@u1g-0/;diofj!!!!)

Lepastu 2 minggu lagi dah exam akhir tahun fuhh. Dahlah belum study apa pun. Asyik nak layan korea je. Taktahu nak buat macam mana dengan perasaan yang ba alip ngang ni. Tak gheti gheti nak berdisiplin haih.

BYE Xx

Sunday, September 14

Orang Jauh

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Alhamdulillah malam ni aku berkesempatan nak buat post yang baru. Siapa orang jauh ni weh? Oh, semestinya bukan sedara mara sepupu sepapat berempat playar muncung tirus (ok aku dah mula merepek) yang korang fikirkan. Tapi.....

Orang jauh yang aku maksudkan ni ialah baby. Ye, aku akan dapat baby baru tak lama lagi. Yaaayyyyy!!! Gembira hati den tau tak, fuh.

Berdasarkan apa yang mama cakap kat aku, baby berkemungkinan akan keluar sebelum 17 Sept ni sebab dah melebihi masa yang ditetapkan doktor. Hm, nak buat macam mana dah baby nak duk lama sikit dalam perut mama tk dapat lah nak main dulu dengan dia.

Alhamdulillah baby disahkan berjantina lelaki which means, iman akan dapat geng setelah 6 tahun dia ber-geng dengan kakak-kakak dia ni. Hah, mestilah suka gila si iman ni dapat kawan se-geng dengan dia. Boleh main sesama lepas ni tapi tulah, jauh betul jarak diorang huhuhu

Aku doakan yang terbaik untuk mama & adik, semoga kedua-duanya selamat nanti. Amin

Till next post, Assaalamualaikum & 잘자 ( jalja ) hehehe x

Friday, August 29

Korea

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Disebabkan tasha lah aku jadi minat balik dekat korea. Ye, aku dulu minat Exo. Tapi disebabkan masatu aku lebih addict dekat 1D & 5SOS, jadi aku lupakan pasal korea semua ni. The time have come, which is i addict to Korean Drama.

Oh, drama ni drama kedua dalam seumur hidup aku tengok drama korea. Okay, jangan gelak. Drama pertama Flower Boy Ramyun Shop and yep drama ni boleh lah juga best dia. Tapi aku tak tengok sampai habis pun. Sekerat jalan. Malas.

Jadi My Love From Another Star ni kira drama kedua lah kan. Ye dok? Hah, aku cakap dengan engkau drama ni memang best gila bapak lah. Aku confirm yang peminat korea2 sekalian, mesti dah tengok en. Hahaha aku tahu. Tak payah tipu.

Kalau nak tahu apa yang best, please visit the link. Okay sayang sekalian? Hahahahaha. Saja je. Assalamualaikum x

Eid Mubarak

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Ye, aku tahu hari raya dah habis. Tapi aku mana sempat nak share cerita masa raya haritu dengan engkau-orang semua haih. Kau bayangkan, naik cuti hari raya seminggu pastu terus exam UB2. Siapa tak panas en aku cakap. 

Orang tengah seronok kutip duit raya (termasuk aku) boleh pulak pengetua nak buat exam. Adoh mati lah nak. Dah lah tak prepare apa pun.

Oh ya, sekarang dah habis exam. Dan aku rasa sangat happy walaupun exam akhir tahun belum habis. Smh. Okay, sekarang aku memang malas nak cerita pasal exam. Elok aku cerita pasal hari raya haritu.

Hari pertama raya, kau mesti rasa excited gila lah kan. Sama macam aku. Walaupun sebelum raya tu aku tak rasa excited sangat sebab... ntah lah sebab apa. Aku pun dah lupa.

First Eid;

 family potrait

  family potrait of mama's family

gambar atas takda papa, yang ni baru ada huhuhu

Second Eid;

entah kat rumah siapa, aku lupa

Hari kedua, papa dah takda. Papa pergi pahang (which is his hometown) Kitaorang adik beradik termasuk mama tak ikut sebab takut mama terberanak kat sana dah susah kena ulang alik. Lagi satu bahaya weh. Jalan jauh tu.

Dan hari kedua tulah, kitaorang semua jalan jalan satu kulai which is sedara mara belah mama. Peh puas do. DUIT RAYA BERKEPUK WEH DALAM POKET hahahahaha. Lagi satu, aku dapat jumpa dengan diaorang yang aku tak kenal. Alah bukan selalu pun kan dapat jumpa.

Nak dijadikan satu cerita lah kan, masa hari kedua raya tu. Kitaorang semua pergi lah beraya dekat rumah atuk (aku lupa nama dia siapa, maaf) adik sedara (6 tahun) aku, nama dia Sirhan. Dia tanya lah dekat atuk tu;

Sirhan; Atuk, atuk kerja apa ah?
Atuk; Atuk kerja tanam pokok pisang dengan ubi je. Kenapa?
Sirhan; Oh, patutlah atuk kaya. Nanti dah besar saya nak kerja macam atuk lah.
Atuk; Heh, bapak kau kerja apa?
Sirhan; Bapak saya tak kerja.
Atuk; Patutlah tak kaya2.

and the whole people in the house were laughing so hARD HAHAHAHAHA I CAN'T BRUHH!!

Ah, benda paling lawak aku pernah dengar. Gelak tak habis sampai nak balik duk dalam kereta pun masih gelak. Kalau kau ada masa situations tu berlaku, aku confirm kau pun akan gelak sampai pecah perut.

Hah, itu je kut aku nak cerita. Okay, have a nice day people. Assalamualaikum x

p/s: his father sebenarnya berkerja. dia ada kedai sendiri and dia selalu jugaklah duduk rumah sebab tu anak dia cakap bapak dia tk kerja luls