Wednesday, November 6

Majlis Apreasiasi Pengawas 2013

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum


Korang mesti tak percaya kan yang aku ini seorang pengawas? Hahahahaha

Okay. Korang dah tengok kan tajuk apa yang aku nak cerita hari ini? Aku nak kongsi serba sedikit tentang apa yang berlaku pada majlis yang serba sederhana ini.

Sebenarnya majlis ini dah berlalu emm sekejap ya. Emm berapa hari ye? Emm emm hah! Sebenarnya majlis ini dah berlalu selama 7 hari. Maksud nya majlis ini pada hari Rabu minggu lepas bersamaan dengan 30 Oktober 2013.  Kita orang buat majlis ni dekat KFCH International Collage, Bandar Dato Onn'. Bukan dekat HOTEL ya! Hahahaha. 

Tepat pukul 2 petang gitu lah kita orang semua dah sampai dekat Collage tu. First time aku masuk KFC punya collage ni. Besar jugak sebab masa aku masuk dekat pintu utama dia, sebelah kiri aku hotel dia & sebelah kanan aku pulak tempat makan-makan dia. Lepastu kalau straight jalan aje nanti jumpa lif. Lif untuk pelajar yang belajar dekat situ mungkin.

Majlis tersebut bermula dengan bacaan doa & segala ayat apa entah yang pengerusi majlis tu cakap. Kau tahu kan, aku ni memang pemalas kalau dengar orang cakap berjela jela ni. Nak mati aku dengar hahaha lol :b Lepas ucapan pengerusi majlis, kita orang ((pengawas bahagian petang)) buat persembahan cup song. Ya Allah. Kalau korang tengok kita orang buat sumpah bosan. Seriously aku tak faham dengan penolong bahagian petang ni tau. Kalau boleh nak buat semua last minute. Ehh, geram aje aku. Hahahaha

Selepas kita orang dah buat persembahan bagai semua ((sebenarnya aku dah malas nak menaip)) kita orang makan-makan. Sedap wehhh makanan kat sini. Aku paling suka makan cake dia sebab fresh cream doh. Pehh pehh. Siapa tak suka? Abang chef tu buat 2 kali kek tu. Hahaha.

;

  cikgu bagi chocolate ni sebagai sagu hati kut. hahaha

ini lah dia cake fresh cream yang aku cakap tadi :)

 



yay! sayang korang emuahh (geli siot tah pape)

Itu sahaja untuk kali ini. Kalau ada masa aku akan cerita lagi ya! Terima kasih xx


p/s: semalam kan ada orang panggil aku girlfriend niall. ya allah. masa tu aku happy gila. iya lah. nak harap kawan aku panggil aku macam tu? aku rasa nak terjun bangunan je weh. hahahahaha